Monday, April 12, 2010

Menyusu hilangkan tekanan



Menyusu hilangkan tekanan
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my
2010/04/06
KETIKA proses penyusuan, badan ibu akan mengeluarkan hormon oksitoksin dan prolaktin yang memberi rangsangan rehat semula jadi kepada ibu.

Justeru, ibu yang menyusukan bayi akan dapat menghilangkan tekanan dan kelesuan badan tatkala aktiviti penyusuan berlaku. Itu antara maklumat berguna yang dikongsi moderator Susuibu.com bersama 41 peserta program Support Group Meeting (SGM) anjuran Susuibu.com bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Berlangsung di dalam suasana santai, SGM kali ini turut membincangkan topik Mendepani Masalah Kurang Berat Badan di kalangan Bayi sebagai membuka tirai tahun 2010.

Seramai 41 peserta yang hadir dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi membincangkan topik dipilih dengan dikendalikan moderator iaitu Nor Kamariah Mohamad Alwi, Rita Rahayu Omar dan Yusrina Mohamad Hata.

Kupasan isu antara lain membincangkan mengenai perasaan ibu apabila menerima komen mengenai berat anak yang dikatakan kurang memuaskan dan tafsiran berat anak mengikut Carta Tumbesaran tidak selaras usia.

Turut dibincangkan kaedah pelekapan bayi yang kurang berkesan menyebabkan pengeluaran susu tidak lancar dan penyelesaian turut diberikan berdasarkan pengalaman seorang peserta yang menyarankan supaya kedudukan bayi ditinggikan sedikit.
Celah Rita Rahayu yang juga konsultan Laktasi, di dalam menangani permasalahan membabitkan kebimbangan ibu apabila berdepan masalah bayi kecil daripada usia, ramai ibu yang menekankan soal pemakanan tambahan.

“Ramai percaya keperluan makanan tambahan dapat membantu menghasilkan susu yang lebih baik sedangkan ia tidak benar,” katanya.

Selain sesi perbincangan dalam kumpulan, SGM turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil daripada Malaysian Babywearers, Azizah Mohd Amin dan Mariny Lubna Mohamed Arif yang berkongsi maklumat mengenai alat menggendong bayi serta kaedah penggunaan yang betul.

1 comment:

MUMMYAR said...

SALAM KENAL...JOM SINGGAH BLOG SY JOINT LUCKY DRAW...HADIAH STROLLER N TOYS